Wednesday, July 23, 2008

Hari ini, buat pertama kalinya aku belajar membuat blog. namun hasilnya tidaklah memuaskan. Namun dapat juga aku melakarkan coretan perjalanan yang tandus dan usang ku buat tatapan dan renungan.Kisah1:Alkisah terjadi pada suatu petang semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba hujan lebat turun mencurah-curah.Aku mencari-cari tempat untuk berteduh. Terdengar satu suara mulus memanggil nama ku. Ku lihat Z melambai-lambai tangan kepada ku. Tanpa berlengah aku terus masuk ke rumahnya. Aku sememang telah mengenali Z sejak kecil lagi dan kami sering berbual-bual bila berkesempatan. Z tersenyum pada ku bila melihat aku kebasahan.. aku merasa hairan kerana di rumah Z hanya kami berdua sahaja. Menurut Z, keluaraganya pulang ke rumah nenek dan tinggal dia seorang saja di rumah. Ketika itu hujan masih turun dengan lebatnya dan di sertai dengan kilat sabung-menyabung. Ku lihat Z agak cemas setiap kali guruh berdentum. Z membawa sehelai kain pelikat dan baju t-shit ayahnya kepada aku dan meyuruh aku mengganti pakaian yang basah. Sementara itu Z ke dapur menyediakan air. Aku ke bilik air untuk menyalin pakaian. Tiba-tiba Z masuk ke bilik air.......(bersambung)
draft

KISAH PERTAMA:
Alkisah disuatu waktu dahulu... ketika itu aku masih remaja lagi....